BISKUT HATI KRISTAL



Bahan-bahannya :

Bahan A

125gm butter
50gm gula ising
1 tsp esen vanilla

Bahan B

120gm Tepung red rose @ tepung gandum
180gm Tepung kentang

Bahan C

Putih telur
Gula pasir
Pewarna

Cara:

Pukul mentega + gula aising + esen vanilla (bahan A) hingga sebati menggunakan senduk. Cukup sekadar sebati.

Masukkan tepung red rose @ tepung gandum dan sebatikan.

Masukkan tepung kentang dan uli sehingga menjadi doh yang sedikit keras dan mudah diterap.

Inilah doh yang sedikit keras dan mudah diterap. Jika doh lembut dan susah di angkat boleh tambah sesudu tepung gandum lagi.

Canai doh dengan ketebalan 1cm.

Terap dengan menggunakan terap pilihan anda.

Sapu sedikit putih telur dan tabur gula kristal. Pastikan jangan terlalu basah kerana gula akan cair pulak nanti.

Boleh bakar dengan suhu 160 celcius selama 26-28 minit mengikut jenis oven anda.




Comments